Tuesday 10 March 2015




DASAR EKONOMI BARU



LATAR BELAKANG




    Pada tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan. Bagi singkatan Dasar Ekonomi Baru iaitu DEB. DEB dilaksanakan atau diperkenalkan pada oleh Perdana  Menteri  Tun  Abdul  Razak  Dato’  Hussein  kerana  reaksi  peristiwa  rusuhan  perkauman  pada  13  Mei  1969.  DEB  dilaksanakan  antara  tempoh  1971  hingga  1990.  DEB  merupakan  salah  satu  rancangan  pembangunan  dan  ekonomi  dalam  masyarakat  yang  berbilang  kaum.  Kerajaan  Malaysia  melancarkan  DEB  melalui  RRJP  iaitu  Rangka  Rancangan  Jangka  Panjang  dalam  antara  tahun  1971  hingga  1990.  Selepas  Kemerdekaan  atau  sebelum  dasar  DEB  dilancarkan  terdapat  pelbagai  program-program  pembangunan  didapati  banyak  masalah  yang belum  dapat  diatasi  dalam  aspek  sosioekonomi  masyarakat.



MASALAH  JURANG  SOSIOEKONOMI


  • SOSIOEKONOMI  ANTARA  DESA  DAN  BANDAR
  • SOSIOEKONOMI  ANTARA  BUMIPUTERA  DENGAN  BUKAN  BUMIPUTERA
  • SOSIOEKONOMI  ANTARA  NEGERI  PANTAI  TIMUR  DENGAN  NEGERI  PANTAI  BARAT
  • SOSIOEKONOMI   ANTARA  NEGERI  DI SEMENANJUNG  TANAH  MELAYU  DENGAN  SABAH  DAN  SARAWAK. 


 Terdapat  banyak  masalah  Jurang  Sosioekonomi  yang  serius  dalam  negara.  Dengan  ini,  pelaksanaan  atau  tindakan  oleh  Kerajaan  Malaysia  perlu  dilakukan  dengan  segera  untuk  mengatasi  masalah  tersebut  supaya  perpaduan masyarakat  dan  negara  tidak  tergugat.

TINDAKAN  YANG  DILAKUKAN  OLEH  KERAJAAN  MALAYSIA
  • Mengurangkan  dan  membasmi  kemiskinan  dengan  menambahkan  pendapatan  dan  memperbanyakkan  peluang  pekerjaan
  • Menyusun semula  masyarakat   dengan  cara  mengurangkan  atau  menghapuskan  pengenalan  kaum  dalam  sistem  ekonomi



ASPEK KEMISKINAN 


      Di  Malaysia,  terdapat  pelbagai  kaum  yang  terdiri  daripada  kaum  Melayu,  kaum  India,  kaum  Cina  dan  termasuklah  masyarakat  Sabah  dan  Sarawak.  Masalah  kemiskinan   di  Malaysia  telah  menyebabkan  perpaduan  yang  tidak  seimbang  dalam  masyarakat  dan  sukar  dipupuk.  Perpaduan  yang  tidak  seimbang  berlaku  kerana  wujudnya  jurang  kemiskinan  dan  kekayaan  yang  terlalu  besar  dalam  kalangan  masyarakat  di  Malaysia.  Aspek  kemiskinan  merupakan  salah  satu  tumpuan  dalam  DEB  untuk  menjayakan  dasar-dasar  DEB  ini.  Masalah  kemiskinan  ini  berlaku  di  luar bandar  dari  sudut  pandangan  kasar,  tetapi  di  bandar  juga  berlaku  masalah  yang  sama  dan  juga  perlu  membuat  tindakan.


          Dalam  sektor  pertanian  merupakan  kaum  yang  berada  dalam  senarai  kadar  kemiskinan.  Dalam  sektor  pertanian  dikuasai  oleh  kaum  Bumiputera.  Kaum  Bumiputera  dalam  sektor  tersebut  mengamalkan  pertanian  tradisional.  Terdapat  banyak  faktor  yang  boleh dikaitkan  dalam  kemiskinan  di  Malaysia



FAKTOR-FAKTOR  KEMISKINAN  DI  MALAYSIA  YANG  BOLEH  DIKAITKAN

  • Bencana  alam
  • Harga  barang  eksport
  • Saiz   isi  rumah
  • Pergantungan  orang  tengah
  • corak  pertanian


       Faktor-faktor  kemiskinan  yang  boleh  dikaitkan  seperti  bencana  alam, disebabkan  harga  barang  eksport,  saiz  isi  rumah,  pergantungan  orang  tengah , corak  pertanian  dan  beberapa  faktor  yang  lain.
      Terdapat  pelbagai  bencana  alam  seperti  banjir. Banjir  boleh  menyebabkan  pertanian  dan  harta  benda  musnah  dengan   mudah.  Oleh  itu,  penggunaan  wang  akan  meningkat  kerana  perbaiki  semula  pertanian  dan  juga  ganti  harta  benda  yang  musnah.  Di  samping  itu,  kejatuhan  harga  barang  eksport  yang  disebabkan  berlakunya  kemelesetan  ekonomi  dunia.
      Saiz  isi  rumah  juga  salah  satu  faktor  kemiskinan.  Saiz  isi  rumah  yang  terlalu  besar  yang  boleh  menyukarkan  menanggung  kos  sara  hidup  yang  mahal.  Selain  itu,  penduduk  mengharapkan  atau  pergantungan  orang  tengah  dengan  harga  barangan  tidak  munasabah.  Sebagai  contoh,  orang  tengah  membeli  barangan  dengan  harga  yang  murah,  tetapi  menjual  dengan  harga  berlipat  kali  ganda  kepada  masyarakat.
       Akhir  sekali, faktor  corak  pertanian.  Penduduk  pendalaman  masih mengamalkan  pertanian  tradisional  yang  menggunakan  tenaga  buruh  yang  banyak.


         Terdapat  banyak  faktor-faktor  yang  boleh  dikaitkan  dengan  masalah  kemiskinan  dalam  kalangan  masyarakat.  Oleh  itu,  terdapat  pelbagai  usaha  yang  dilakukan  untuk  membasmi  masalah  kemiskinan  melalui  dasar  DEB.

ANTARA  USAHA  YANG  DILAKUKAN  MELALUI  DEB :-

ü  Mewujudkan  peluang  pekerjaan  untuk  semua  golongan  terutamanya  penganggur.
ü  menambahkan  daya  pengeluaran  dan  pendapatan.
ü  mengurangkan  perbezaan  pendapatan  di  antara  kawasan  bandar  dan  di  luar  bandar.
ü  memberikan  peluang  pekerjaan  ke  sektor  yang  lebih  lumayan  bagi  meningkatkan  pendapatan.
ü  meningkat  kemajuan  luar  bandar  dengan  memperkenalkan  teknik  pertanian  moden.
ü  mewujudkan  suasana  pekerjaan  yang  menggabungkan  pelbagai  kaum  di  dalam  negara

ü  memperbaiki  taraf  dan  kualiti  kehidupan  masyarakat  dalam  pelajaran,  kesihatan,  kemudahan  infrastruktur  dan  sebagainya.



STRATEGI  PEMBASMIAN  KEMISKINAN




 
 BAGI  STRATEGI  PEMBASMIAN  KEMISKINAN  INI  TERBAHAGI DUA:-

  • KEMISKINAN DI LUAR BANDAR
  • KEMISKINAN DI BANDAR



+ KEMISKINAN  DI  LUAR  BANDAR

       Bagi  kemiskinan  di  luar  bandar  terdiri  daripada  penanam  padi,  pekebun-pekebun  kecil,  nelayan,  penternak  dan  juga  pekerja  estet.  Pada  tahun  1970,  terdapat  kira-kira  hampir  50%  penduduk  berpendapatan  rendah  dan  juga  di  bawah  garis  kemiskinan  iaitu  lingkungan  RM200.00  dan  juga  86%  daripada  jumlah  itu  daripada  penduduk  kampung  atau  dikenali  penduduk  luar  bandar.

      Oleh  itu,  pihak  kerajaan  telah  melakukan  pelbagai  kemudahan  perkhidmatan  awam.  Kemudahan  awam  yang  dimaksudkan  ialah  kemudahan  pendidikan,  kemudahan  kesihatan,  kemudahan  bekalan  air  dan  juga  kemudahan  bekalan  elektrik.
Di  samping  itu,  pihak  kerajaan  juga  memberi  bantuan  subsidi  baja,  biasiswa  dan  buku  teks  percuma.  Makanan  tambahan  untuk  kanak-kanak  dan  program  rumah  murah  turut  juga  disediakan  oleh  kerajaan  Malaysia.

       Selepas  DEB  diperkenalkan  kadar  kemiskinan  pekebun  kecil  getah  berkurangan  daripada  64.7% pada  tahun  1970  kepada   40%  pada  tahun  1987.
Oleh  itu,  kadar  kemiskinan  pekebun  kecil  getah  menurun  sebanyak  24.7%  dalam  tempoh  17  tahun.
       Kadar  kemiskinan  penanam  padi  pula,  berkurangan  daripada  88.1%  pada  tahun  1970  kepada  50.2%  pada  tahun  1987.  Kadar  kemiskinan  penanam  padi  juga  turut  berkurangan  sebanyak  37.9%  dalam  tempoh  17  tahun  juga.  Selain  itu,  bidang-bidang  lain  juga  turut  berkurangan.
       Seterusnya,  taraf  hidup  penduduk  dapat  ditingkatkan  oleh  usaha-usaha  pihak  Kerajaan  Malaysia.  Kadar  kemiskinan  penduduk  dapat  dikurangkan daripada  49.3%  pada  tahun  1970  kepada  17.1%  pada  tahun  1990  dalam  tempoh  20  tahun  dan  ia  memberikan  kesan  positif  atas  usaha  ini.

+ KEMISKINAN  DI  BANDAR

Kumpulan  kemiskinan  di  bandar  terdiri  daripada  sektor  pembinaan,  sektor  pembuatan,  sektor  perlombongan,  sektor  pengangkutan,  perkhidmatan,  perdagangan  dan  pelbagai  sektor  lain.
                  
Selepas  DEB  dilancarkan,  dasar  DEB  telah  berjaya  mengurangkan  kadar  kemiskinan  di  Malaysia.  Dalam  tempoh  20  tahun  sahaja  kadar  kemiskinan  di  bandar  berjaya  dikurangkan.  Kadar  kemiskinan  berkurang  daripada  21.3%  pada  tahun 1970  kepada  7.5%  pada  tahun  1990  atau  sebanyak  13.8%  berjaya  dikurangkan  kadar  kemiskinan  tersebut.





         Pihak  kerajaan  berusaha  melaksanakan  Dasar  DEB.  Oleh  itu,  penyediaan  keperluan  asas  dan  mutu  kehidupan  merupakan  salah  satu  usaha  kerajaan.  Pengenalan  DEB  dapat  meningkatkan  mutu  kehidupan  masyarakat  dan  semakin  bertambah  baik  seperti  dalam  aspek  kesihatan, kadar  kematian  bayi  dan  juga  kadar  kematian  kasar  berkurangan.

          Jangka  hayat  juga  semakin  bertambah  baik  dan  perkembangan dengan  positif  dari  aspek  pelajaran,  peningkatan  yang  mendadak  dalam  bilangan  pelajar  sama ada  di  sekolah  rendah  mahupun  sekolah  menengah.  Kadar  masyarakat  yang  kenal  huruf  juga  turut  meningkat  dengan baik. Dalam  aspek  kemudahan  awam  seperti  bekalan  air  paip,  bekalan  elektrik  serta  kemudahan  tandas  yang  sempurna  di  sekitar  penduduk  luar  bandar.



STRATEGI  PENYUSUNAN  SEMULA  MASYARAKAT

        Kesan  yang  ditinggalkan oleh British  ialah  berlakunya  tumpuan  kaum  mengikut  fungsi  ekonomi  yang  disebabkan  dasar  pecah  dan  perintah  yang  diamalkan . Dengan  ini  ia  menyukarkan  agihan  kekayaan  dan  keadilan  ekonomi  negara  dan  juga  ia  menyukarkan  perpaduan  kaum dilaksanakan . Ketidakseimbangan  yang   berlaku  sebelum  ini  dapat  diatasi  dengan  cara  menyusun  semula  masyarakat  negara  ini . Pelbagai  sektor  ekonomi  seperti  pengangkutan,  pembinaan,  perindustrian,  perdagangan,  pertanian,  perlombongan,  pelajaran  dan  juga  perumahan  yang  terlibat  dalam  beberapa  program  yang  dilaksanakan  oleh  kerajaan.


 Strategi  dan  kejayaan  yang  di kecapi  dalam  usaha  penyusunan  semula  masyarakat:-

  • ·         meningkatkan   pendapatan  dan  menyusun  kadar  kemiskinan  mengikut  kaum..

= pendapatan  kaum  bumiputera  dapat  ditingkatkan  dan  mengurangkan  perbezaan  pendapatan  kaum   lain.
= Pada  tahun  1970  pendapatan  kaum  Bumiputera  172  sebulan  meningkat  kepada  614  pada  tahun  1987.
= Kadar  kemiskinan  bagi  semua  kaum  telah  menurun  dan  menunjukkan  kesan  positif
  • ·         Penyusunan   semula  corak  guna  tenaga.

= kaum  Melayu  amat  kurang  terbabit  dalam  ‘ ikhtisas  dan  teknik’  dan  juga  kaum  Melayu  lebih  ramai  terlibat  dalam  perguruan.
= orang  Melayu  digalakkan  menyertai  sektor  perniagaan  supaya  tidak  mempunyai jurang  yang  terlalu  besar  berbanding  dengan  kaum  lain.
  • ·         Penyusunan  semula  hak  milik  dalam  sektor  syarikat.

= permodalan  ataupun  memegang  mana-mana  saham  amatlah  sedikit  dalam  kalangan  Bumiputera.
= Golongan  Bumiputera  digalakkan  untuk  menyertai  sektor  ini 
=  strategi   ini  telah  memberi  kesan  positif




 Hampir  keseluruhan  sistem  sosial  masyarakat  majmuk  di  Malaysia  diubah  oleh  Dasar  DEB.  DEB  berjaya  menjalankan  strateginya  dalam  usaha  mewujudkan  keseimbangan  dalam  pelbagai  aspek  kehidupan.  Hasilnya  positif  dan  berjaya  mencapai  perpaduan  nasional.