DASAR EKONOMI BARU
LATAR BELAKANG
Pada tahun 1970, Dasar Ekonomi Baru
diperkenalkan. Bagi singkatan Dasar Ekonomi Baru iaitu DEB. DEB dilaksanakan
atau diperkenalkan pada oleh Perdana
Menteri Tun Abdul
Razak Dato’ Hussein
kerana reaksi peristiwa
rusuhan perkauman pada
13 Mei 1969.
DEB dilaksanakan antara
tempoh 1971 hingga
1990. DEB merupakan
salah satu rancangan
pembangunan dan ekonomi
dalam masyarakat yang
berbilang kaum. Kerajaan
Malaysia melancarkan DEB
melalui RRJP iaitu
Rangka Rancangan Jangka
Panjang dalam antara
tahun 1971 hingga
1990. Selepas Kemerdekaan
atau sebelum dasar
DEB dilancarkan terdapat
pelbagai program-program pembangunan
didapati banyak masalah
yang belum dapat diatasi
dalam aspek sosioekonomi
masyarakat.
MASALAH JURANG
SOSIOEKONOMI
- SOSIOEKONOMI ANTARA DESA DAN BANDAR
- SOSIOEKONOMI ANTARA BUMIPUTERA DENGAN BUKAN BUMIPUTERA
- SOSIOEKONOMI ANTARA NEGERI PANTAI TIMUR DENGAN NEGERI PANTAI BARAT
- SOSIOEKONOMI ANTARA NEGERI DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU DENGAN SABAH DAN SARAWAK.
Terdapat
banyak masalah Jurang
Sosioekonomi yang serius
dalam negara. Dengan
ini, pelaksanaan atau
tindakan oleh Kerajaan
Malaysia perlu dilakukan
dengan segera untuk
mengatasi masalah tersebut
supaya perpaduan masyarakat dan negara tidak
tergugat.
TINDAKAN YANG DILAKUKAN
OLEH KERAJAAN MALAYSIA
- Mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan
- Menyusun semula masyarakat dengan cara mengurangkan atau menghapuskan pengenalan kaum dalam sistem ekonomi
ASPEK KEMISKINAN
Di Malaysia, terdapat
pelbagai kaum yang
terdiri daripada kaum
Melayu, kaum India,
kaum Cina dan
termasuklah masyarakat Sabah
dan Sarawak. Masalah
kemiskinan di Malaysia
telah menyebabkan perpaduan
yang tidak seimbang
dalam masyarakat dan
sukar dipupuk. Perpaduan
yang tidak seimbang
berlaku kerana wujudnya
jurang kemiskinan dan
kekayaan yang terlalu
besar dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.
Aspek kemiskinan merupakan
salah satu tumpuan
dalam DEB untuk
menjayakan dasar-dasar DEB
ini. Masalah kemiskinan
ini berlaku di
luar bandar dari sudut
pandangan kasar, tetapi
di bandar juga
berlaku masalah yang
sama dan juga
perlu membuat tindakan.
Dalam
sektor pertanian merupakan
kaum yang berada
dalam senarai kadar
kemiskinan. Dalam sektor
pertanian dikuasai oleh
kaum Bumiputera. Kaum
Bumiputera dalam sektor
tersebut mengamalkan pertanian
tradisional. Terdapat banyak
faktor yang boleh dikaitkan dalam
kemiskinan di Malaysia
FAKTOR-FAKTOR KEMISKINAN
DI MALAYSIA YANG
BOLEH DIKAITKAN
- Bencana alam
- Harga barang eksport
- Saiz isi rumah
- Pergantungan orang tengah
- corak pertanian
Faktor-faktor
kemiskinan yang boleh
dikaitkan seperti bencana
alam, disebabkan harga barang
eksport, saiz isi
rumah, pergantungan orang
tengah , corak pertanian dan
beberapa faktor yang
lain.
Terdapat
pelbagai bencana alam
seperti banjir. Banjir boleh
menyebabkan pertanian dan
harta benda musnah
dengan mudah. Oleh
itu, penggunaan wang
akan meningkat kerana
perbaiki semula pertanian
dan juga ganti
harta benda yang
musnah. Di samping
itu, kejatuhan harga
barang eksport yang
disebabkan berlakunya kemelesetan
ekonomi dunia.
Saiz
isi rumah juga
salah satu faktor
kemiskinan. Saiz isi
rumah yang terlalu
besar yang boleh
menyukarkan menanggung kos
sara hidup yang
mahal. Selain itu,
penduduk mengharapkan atau
pergantungan orang tengah
dengan harga barangan
tidak munasabah. Sebagai
contoh, orang tengah
membeli barangan dengan
harga yang murah,
tetapi menjual dengan
harga berlipat kali
ganda kepada masyarakat.
Akhir
sekali, faktor corak pertanian.
Penduduk pendalaman masih mengamalkan pertanian
tradisional yang menggunakan
tenaga buruh yang
banyak.
Terdapat banyak
faktor-faktor yang boleh
dikaitkan dengan masalah
kemiskinan dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu,
terdapat pelbagai usaha
yang dilakukan untuk
membasmi masalah kemiskinan
melalui dasar DEB.
ANTARA USAHA
YANG DILAKUKAN MELALUI
DEB :-
ü
Mewujudkan peluang
pekerjaan untuk semua
golongan terutamanya penganggur.
ü menambahkan daya
pengeluaran dan pendapatan.
ü mengurangkan perbezaan
pendapatan di antara
kawasan bandar dan
di luar bandar.
ü memberikan peluang
pekerjaan ke sektor
yang lebih lumayan
bagi meningkatkan pendapatan.
ü meningkat kemajuan
luar bandar dengan
memperkenalkan teknik pertanian
moden.
ü mewujudkan suasana
pekerjaan yang menggabungkan
pelbagai kaum di
dalam negara
ü
memperbaiki taraf
dan kualiti kehidupan
masyarakat dalam pelajaran,
kesihatan, kemudahan infrastruktur
dan sebagainya.
STRATEGI PEMBASMIAN KEMISKINAN
BAGI STRATEGI
PEMBASMIAN KEMISKINAN INI
TERBAHAGI DUA:-
- KEMISKINAN DI LUAR BANDAR
- KEMISKINAN DI BANDAR
+ KEMISKINAN DI LUAR BANDAR
Bagi
kemiskinan di luar
bandar terdiri daripada
penanam padi, pekebun-pekebun kecil,
nelayan, penternak dan
juga pekerja estet.
Pada tahun 1970,
terdapat kira-kira hampir
50% penduduk berpendapatan
rendah dan juga
di bawah garis
kemiskinan iaitu lingkungan
RM200.00 dan juga
86% daripada jumlah
itu daripada penduduk
kampung atau dikenali
penduduk luar bandar.
Oleh
itu, pihak kerajaan
telah melakukan pelbagai
kemudahan perkhidmatan awam.
Kemudahan awam yang
dimaksudkan ialah kemudahan
pendidikan, kemudahan kesihatan,
kemudahan bekalan air
dan juga kemudahan
bekalan elektrik.
Di samping
itu, pihak kerajaan
juga memberi bantuan
subsidi baja, biasiswa dan
buku teks percuma.
Makanan tambahan untuk
kanak-kanak dan program
rumah murah turut
juga disediakan oleh
kerajaan Malaysia.
Selepas DEB
diperkenalkan kadar kemiskinan
pekebun kecil getah
berkurangan daripada 64.7% pada
tahun 1970 kepada
40% pada tahun
1987.
Oleh itu,
kadar kemiskinan pekebun
kecil getah menurun
sebanyak 24.7% dalam
tempoh 17 tahun.
Kadar
kemiskinan penanam padi
pula, berkurangan daripada
88.1% pada tahun
1970 kepada 50.2%
pada tahun 1987.
Kadar kemiskinan penanam
padi juga turut
berkurangan sebanyak 37.9%
dalam tempoh 17
tahun juga. Selain
itu, bidang-bidang lain
juga turut berkurangan.
Seterusnya, taraf
hidup penduduk dapat
ditingkatkan oleh usaha-usaha
pihak Kerajaan Malaysia.
Kadar kemiskinan penduduk
dapat dikurangkan daripada 49.3%
pada tahun 1970
kepada 17.1% pada
tahun 1990 dalam
tempoh 20 tahun
dan ia memberikan
kesan positif atas
usaha ini.
+ KEMISKINAN DI BANDAR
Kumpulan kemiskinan di
bandar terdiri daripada
sektor pembinaan, sektor
pembuatan, sektor perlombongan,
sektor pengangkutan, perkhidmatan,
perdagangan dan pelbagai
sektor lain.
Selepas DEB
dilancarkan, dasar DEB
telah berjaya mengurangkan
kadar kemiskinan di
Malaysia. Dalam tempoh
20 tahun sahaja
kadar kemiskinan di
bandar berjaya dikurangkan. Kadar
kemiskinan berkurang daripada
21.3% pada tahun 1970
kepada 7.5% pada
tahun 1990 atau
sebanyak 13.8% berjaya
dikurangkan kadar kemiskinan
tersebut.
Pihak
kerajaan berusaha melaksanakan
Dasar DEB. Oleh
itu, penyediaan keperluan
asas dan mutu
kehidupan merupakan salah satu usaha
kerajaan. Pengenalan DEB
dapat meningkatkan mutu
kehidupan masyarakat dan
semakin bertambah baik
seperti dalam aspek
kesihatan, kadar kematian bayi
dan juga kadar
kematian kasar berkurangan.
Jangka hayat
juga semakin bertambah
baik dan perkembangan dengan positif
dari aspek pelajaran,
peningkatan yang mendadak
dalam bilangan pelajar
sama ada di sekolah
rendah mahupun sekolah
menengah. Kadar masyarakat
yang kenal huruf
juga turut meningkat
dengan baik. Dalam aspek kemudahan
awam seperti bekalan
air paip, bekalan
elektrik serta kemudahan
tandas yang sempurna
di sekitar penduduk
luar bandar.
STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT
Kesan yang
ditinggalkan oleh British ialah berlakunya
tumpuan kaum mengikut
fungsi ekonomi yang
disebabkan dasar pecah
dan perintah yang
diamalkan . Dengan ini
ia menyukarkan agihan
kekayaan dan keadilan
ekonomi negara dan
juga ia menyukarkan
perpaduan kaum dilaksanakan .
Ketidakseimbangan yang berlaku
sebelum ini dapat
diatasi dengan cara
menyusun semula masyarakat
negara ini . Pelbagai sektor
ekonomi seperti pengangkutan,
pembinaan, perindustrian, perdagangan,
pertanian, perlombongan, pelajaran
dan juga perumahan
yang terlibat dalam
beberapa program yang
dilaksanakan oleh kerajaan.
Strategi dan
kejayaan yang di kecapi
dalam usaha penyusunan
semula masyarakat:-
- · meningkatkan pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum..
= pendapatan kaum
bumiputera dapat ditingkatkan
dan mengurangkan perbezaan
pendapatan kaum lain.
= Pada
tahun 1970 pendapatan
kaum Bumiputera 172
sebulan meningkat kepada
614 pada tahun
1987.
= Kadar kemiskinan
bagi semua kaum
telah menurun dan
menunjukkan kesan positif
- · Penyusunan semula corak guna tenaga.
= kaum
Melayu amat kurang
terbabit dalam ‘ ikhtisas
dan teknik’ dan
juga kaum Melayu
lebih ramai terlibat
dalam perguruan.
= orang Melayu
digalakkan menyertai sektor
perniagaan supaya tidak
mempunyai jurang yang terlalu
besar berbanding dengan
kaum lain.
- · Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
= permodalan ataupun
memegang mana-mana saham
amatlah sedikit dalam
kalangan Bumiputera.
= Golongan Bumiputera
digalakkan untuk menyertai
sektor ini
=
strategi ini telah
memberi kesan positif
Stainless steel vs titanium pans | TITanium's Edge
ReplyDeleteStainless camillus titanium knife steel babylisspro nano titanium hair dryer vs titanium pans. Stainless steel vs titanium pans. Stainless titanium hair trimmer steel vs titanium pans. Stainless steel titanium wedding band vs surgical steel vs titanium titanium pans. Stainless steel vs titanium pans.
cp210 mizuno norge,asics mexico,keenbotasmexico,on running schoenen,Scarpe mizuno,on running mexico,altra schuhe wien,keen sandale,gymsharksalehungary iw140
ReplyDelete